Sunday, October 19, 2008

PERANAN PROMOSI

Antara peranan promosi kepada pengguna:

1. Menyampaikan maklumat seperti:

i. Ciri,
ii. Harga,
iii. Jenama,
iv. Kualiti

2. Memujuk dan mempengaruhi pengguna
Bagaimana caranya??
Dengan cara memuji dan menonjolkan ciri kelebihan serta faedah menggunakan sesuatu
barangan itu.

3. Mewujudkan pasaran baru
Promosi secara intensif dapat mewujudkan permintaan bagi sesuatu barangan.

4. Mengekalkan pasaran sedia ada
Promosi berulangan dapat mengekalkan permintaan serta jualan untuk sesuatu barangan
yang sedia ada.

5. Memantapkan imej barangan dan syarikat
Promosi berterusan dapat mewujudkan taat setia pengguna terhadap barangan dan
syarikat.

6. Mengatasi pesaing
Promosi secara intensif dan berterusan dapat mengatasi persaingan untuk keluaran yang
sama di pasaran.
KENAPA?? KERANA pengguna mudah ingat jenama yang sentiasa dilihat dan didengar.

7. Meningkatkan jualan dan keuntungan
Promosi berterusan akan menambahkan permintaan untuk sesuatu jenama barangan.

No comments: