Sunday, October 19, 2008

JENIS PROMOSI

4. PUBLISITI Siaran melalui media massa mengenai sesuatu barang keluaran atau perkhidmatan secara
percuma.

JENIS PROMOSI

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN JUALAN TERUS

Dalam proses....

JENIS PROMOSI

2. JUALAN TERUS i. Cara jualan secara langsung kepada bakal pelanggan oleh penjual. ii. Interaksi dua hala antara jurujual dan bakal pelanggan. iii. Jurujual mewakili pihak syarikat jualan langsung. iv. Dapat dilakukan dengan pelbagai cara seperti: (a) Ejen atau jurujual melawat bakal pelanggan di rumah. (b) Memperkenalkan keluaran dan melakukan demonstrasi. (c) Menggunakan teknik memujuk yang sesuai untuk melariskan jualan.

JENIS PROMOSI

2. PROMOSI PENGEDAR

i. Melibatkan pemberian insetif kepada pengedar untuk menggalakkan mereka
menambahkan pengedaran atau volum jualan sesuatu jenama keluaran.

ii. Bentuk insentif: hadiah berbentuk tunai dan barang, diskaun,bonus, menyertai
pertandingan, dan komisen khas serta percutian ke luar negara.


3. PROMOSI JURUJUAL

i. Melibatkan pemberian insetif kepada jurujual untuk menggalakkan mereka
meningkatkan jualan.

ii. Bentuk insentif: pembayaran bonus dan komisen berdasarkan jumlah dan tahap jualan
serta hadiah percuma dan percutian dalam dan luar negara

JENIS PROMOSI

1. PROMOSI PENGGUNA


i. Melibatkan pemberian insetif kepada pengguna untuk menambahkan belian mereka.

ii. Bentuk insentif: hadiah percuma, diskaun, Cabutan bertuah, dan sampel.
CONTOH:



2. PROMOSI JUALAN

i. Melibatkan pemberian insentif kepada pihak tertentu untuk menggalakkan jualan.

ii. Bentuk insentif yang diberi seperti berikut:

(a) diskaun
(b) kupon
(c) cabutan bertuah
(d) jualan murah
(e) hadiah percuma

iii. Melibatkan pemberian insetif kepada tiga pihak iaitu:

1. Promosi Pengguna
2. Promosi Pengedar
3. Promosi Jurujual

JENIS PENGIKLANAN

3. IKLAN MENGINGAT

a) Untuk mengingatkan pengguna tentang barangan yang telah sedia ada di pasaran.

b) Diadakan secara berterusan atau berulangan agar sesuatu keluaran itu sentiasa
kekal dalam ingatan pengguna.

JENIS PENGIKLANAN

2. IKLAN MEMUJUK


Mempengaruhi dan memujuk pengguna membeli sesuatu keluaran dengan

menonjolkan kelebihan keluaran tersebut dan memberi sedikit maklumat untuk

meningkatkan daya pujukannya.
CONTOH:


JENIS PENGIKLANAN

1. IKLAN PENERANGAN


(a) Memberi penerangan atau maklumat tanpa menekankan unsur pujukan.


(b) Berfungsi menyampaikan mesej atau maklumat.


(c) Tidak berfungsi untuk:

i. Mempengaruhi orang ramai membeli sesuatu keluaran

ii. Untuk mendapat keuntungan
CONTOH:


iii. Pujukan moral

* Dihubung kaitkan dengan kebajikan masyarakat dan unsur sosial seperti membantu warga

cacat, anak-anakyatim, mangsa perang, dan sebagainya.


* Contohnya, iklan yang menyeru membeli kad ucapan perayaan yang direka oleh orang

cacat.


ii. Pujukan Emosi

Ianya:


i. Bersifat positif (kasih sayang, kecantikan, kejayaan, dan kebahagiaan)‏

ii. Bersifat negatif (ketakutan, kebimbangan dan kegelisahan)‏


Contohnya, iklan ubat gigi yang membandingkan gigi yang sihat dengan yang rosak.


i. Pujukan Rasional

Menunjukkan faedah atau manfaat yang diperoleh pengguna apabila menggunakan barang tersebut. Maka ia dapat menonjolkan fungsi, kualiti, daya tahan,nilai ekonomi dan produktiviti daripada penggunaan barang tersebut.

JENIS PROMOSI

1. PENGIKLANAN

Satu cara komunikasi pemasaran untuk memberitahu dan memujuk pengguna untuk
membeli dan mencuba sesuatu keluaran.

Pelbagai gaya tarikan dan pujukan digunakan dalam pengiklanan untuk memikat
pelanggan.

Terdapat tiga jenis golongan gaya tarikan dan pujukan tersebut, iaitu:

i. Pujukan rasional
ii. Pujukan emosi
iii. Pujukan moral

PERANAN PROMOSI DALAM PEMASARAN

1. Pemasaran merupakan kaedah ataupun proses yang digunakan oleh pengeluar untuk
menyalurkan keluarannya kepada pengguna bagi memuaskan kehendak pengguna.

2. Sesuatu strategi pemasaran biasanya melibatkan dua unsur, iaitu:

(i) Sasaran pasaran
(ii) Campuran pemasaran

(i) Sasaran pasaran golongan pengguna tertentu yang dikenal pasti oleh pengeluar untuk
mensasarkan keluarannya.
(ii) Campuran pemasaran
Unsur-unsur yang menjadi asas dalam memenuhi kepuasan sasaran pasaran.

Empat unsur di dalam campuran pemasaran:

1. PRODUK – barang dan perkhidmatan untuk memuaskan sasaran pasaran.
- keluaran yang dihasilkan hendaklah berkualiti dan memenuhi cita rasa pengguna.

2. HARGA - berpatutan dan dapat menampung kos pengeluaran.

3. PROMOSI – aktiviti untuk mewujudkan permintaan, contohnya pengiklanan, promosi
jualan, jualan terus, dan publisiti.

4. AGIHAN – perantaraan untuk menyampaikan produk daripada pengeluar pengguna.
- sesuai dengan jenis produk dan dapat

PERANAN PROMOSI

Antara peranan promosi kepada pengguna:

1. Menyampaikan maklumat seperti:

i. Ciri,
ii. Harga,
iii. Jenama,
iv. Kualiti

2. Memujuk dan mempengaruhi pengguna
Bagaimana caranya??
Dengan cara memuji dan menonjolkan ciri kelebihan serta faedah menggunakan sesuatu
barangan itu.

3. Mewujudkan pasaran baru
Promosi secara intensif dapat mewujudkan permintaan bagi sesuatu barangan.

4. Mengekalkan pasaran sedia ada
Promosi berulangan dapat mengekalkan permintaan serta jualan untuk sesuatu barangan
yang sedia ada.

5. Memantapkan imej barangan dan syarikat
Promosi berterusan dapat mewujudkan taat setia pengguna terhadap barangan dan
syarikat.

6. Mengatasi pesaing
Promosi secara intensif dan berterusan dapat mengatasi persaingan untuk keluaran yang
sama di pasaran.
KENAPA?? KERANA pengguna mudah ingat jenama yang sentiasa dilihat dan didengar.

7. Meningkatkan jualan dan keuntungan
Promosi berterusan akan menambahkan permintaan untuk sesuatu jenama barangan.

PROMOSI

MAKSUD PROMOSI


Suatu proses, kaedah ataupun cara untuk memberitahu, memujuk, dan mempengaruhi pengguna until membeli sesuatu keluaran.